Tuesday, 8 January 2019

8 Januari 2019

Tak boleh berasap di Universiti


SEKITAR universiti tidak terkecuali daripada kawasan larang merokok.
KP Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kata larangan itu akan membabitkan semua universiti awam dan swasta. Ia akan dikuatkuasakan tahun ini.
Dia bercakap kepada wartawan di majlis pelancaran Buku Fakta PhAMA edisi 2018 di Putrajaya, 8/1/2019. 
Pada 15 Oktober 2018, larangan merokok dikuatkuasakan dalam bangunan di kawasan Parlimen, manakala pada 1 Januari 2019, larangan itu membabitkan tempat makan.
 Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad merasmikan majlis itu. Presiden PhAMA, Chin Keat Chyuan hadir.
Nota:
KP – Ketua Pengarah
PhAMA - Industri Persatuan Farmaseutikal Malaysia 


No comments:

Post a Comment