Friday, 4 January 2019

4 Januari,  2019
KSU KPM,  Datuk Dr Mohd Ghazali Abas dipindahkan ke KKR  berkuatkuasa Isnin, 7 Januari, 2019.
Tempatnya diambil oleh SUK Perlis, Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan – naik pangkat.
Mereka adalah adalah pegawai kanan yang terlibat dalam rombakan pentadbiran awam, pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat sembilan KSU  dan tiga KP.
Mereka sudah pun meterima watikah pelantikan daripada KSN di JPM pada Khamis, 3 Januari 2019.
Mereka yang terlibat ialah:
* KSU KDN, Dato’ Seri Alwi Ibrahim ke KKR
*  TKSU KPDNHEP, Dato’ Muez Abd Aziz sebagai KSU KPDNHEP – naik pangkat.
* KSU Kementerian Pengangkutan, Dato’ Seri Saripudin Kasim ke  Kementerian Wilayah,
* TKSU Kementerian Pengangkutan, Mohd Khairul Adib jadi KSU kementerian sama – naik pangkat.
* KSU KATSA, Dato’ Dr Tan Yew Chong ke KIU
* Wakil Tetap Malaysia ke PBB New York, Dato’ Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob jadi KSU Kementerian Luar, ganti Dato’ Seri Ramlan Ibrahim,  yang tamat kontrak perkhidmatan pada Januari 6, 2019.
* TKSU (Pengurusan) KDN, Dato’ Jamil Rakon dilantik sebagai KP Imigresen ganti Dato’ Seri Mustafar Ali, yang mengetuai NFCC.
* Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad sebagai  KP JKPTG.
* TKP ICU, Datuk Zolkipli Dahalan sebagai KP ICU – naik pangkat.
* Bekas  KP JKPTG, Datuk Seri Salehudin Ishak sebagai SUK Pahang.
Nota:
JPM -  Jabatan Perdana Menteri
KSN - Ketua Setiausaha Negara
KSU – Ketua Setiausaha
TKSU – Timbalan Ketua Setiausaha
KPM – Kementerian Pendidikan Malaysia
SUK – Setiausaha Kerajaan
KKR – Kementerian Kerjaraya
KDN - Kementerian Dalam Negeri
KPDNHEP -  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
 KATSA - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli
KIU - Kementerian Industri Utama
KP – Ketua Pengarah
NFCC - Pusat Jenayah Kewangan Nasional
JKPTG - Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
ICU - Unit Penyelarasan Pelaksanaan


No comments:

Post a Comment