5 Januari, 2019
Ura-ura Daud Bakar ganti Maszlee
JADI ke agaknya Datuk Dr Mohd Daud Bakar dilantik sebagai Presiden UIAM?
Ini berikutan laporan dalam BH yang menyebut desas desus pelantikan bekas NC UIAM memegang hawaran itu.
Rektor UIAM, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak, kata perkara itu masih dalam perbincangan antara Kementerian Pendidikan dan Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad Shah.
Sebuah akhbar bahasa Inggeris menyiarkan berita yang menyebut ura-ura Mohd Daud akan menjawat jawatan itu.
November 2018, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melepaskan jawatan itu.
Dia dilantik Presiden UIAM ketujuh itu September 2018 menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim yang tamat kontrak pada Julai 2018.
Nota:
- UIAM - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
- NC - Naib Canselor
No comments:
Post a Comment