Friday, 11 January 2019
11 Januari 2019
YSS rai rakan kerjasama
LEBIH seratus wakil pengurusan IPTA, IPTA, IPG, politeknik, kolej komuniti, penaja, ahli panel dan oan penceramah hadir pada majlis minum petang Hari YSS-Rakan Kerjasama 2019 di Putrajaya, 10/1/2019.
Majlis yang julung kali diadakan sejak YSS ditubuhkan pada 2012 itu adalah tanda
terima kasih dan penghargaan yayasan itu kepada pendokong dan penyumbang dalam menjayakan aktiviti dan misi YSS.
YSS ditubuhkan di bawah KPM dengan matlamat membangunkan Malaysia sebagai hub sukarelawan siswa dan melahirkan pemimpin sukarelawan siswa serta ikon mahasiswa dalam bidang sukarelawan di pentas global.
Pengerusi YSS, Datuk Zuraidah Atan menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil institusi betkenaan dan individu terbabit.
.
Pada tahun 2018, YSS menganjurkan misi ke Indonesia, Lao PDR, Vietnam, Sarawak dan Sabah dengan penglibatan 393 sukarelawan siswa dari pelbagai institusi dalam dan luar negara. Setakat ini YSS sudah melahirkani 1.115 sukarelawan siswa. Sepanjang tahun lalu, aktiviti YSS
memberi impak positif kepada 16,939 komuniti dan 15,213 pelajar sekolah di dalam dan luar negara.
Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Sarawak, 2018 mendapat pengiktirafan dan sokongan Sekretariat ASEAN dan Rakan Dialog ASEAN melalui Tabung Kerjasama ASEAN-China dengan penglibatan seramai 200 sukarelawan siswa dari negara ASEAN dan China di 11 lokasi di Sarawak.
Zuraidah berkata, Minggu Sukarela adalah salah satu aktiviti projek khas YSS untuk masyarakat di Semenanjung Malaysia yang memberi tumpuan kepada pembangunan Orang Asli di Semenanjung Malaysia.” Tahun lalu, YSS melaksanakan dan menyertai 17 projek khas yang memberi impak positif kepada 11,287 pelajar sekolah dan komuniti.
Nota:
YSS - Yayasan Sukarelawan Siswa
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awan
IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta
KPM - Kementerian Pendidikan
IPG - Institusi Pendidikan Guru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment