Tuesday, 8 January 2019

8 Januari 2019


Salah Sistem Pendidikan

Tokoh pendidik menyalahkan sistem pendidikan rendah yang lemah sebagai punca kegelisahan kaum di negara

Pensyarah Fakulti Pendidikan UM, Prof Emeritus Datuk Isahak Haron, berkata sistem pengasingan pendidikan sekolah rendah mengikut kaum menyebabkan asas pembinaan negara menjadi lemah.

Dia menganggap sistem pengasingan pendidikan sekolah rendah mengikut kaum  lah menyebabkan masalah ini menular.

Sejak 60 tahun lalu, katanya, negara ini ada SJK Cina, SJK Tamil dan sekolah swasta. Ini sistem pemisah.

Dia menjadi ahli  panel program wacana Sinar Harian bertajuk “Pendidikan Rendah: Apa yang masih kurang” di Shah Alam, 8/1/2019. 

Panel lain ialah Pensyarah Penyelidikan Pendidikan Awal Kanak-Kanak UPSI, Prof Dr Saedah Siraj dan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Zabri Yaacob. 

Isahak mencadangkan kerajaan memperbetulkan sistem pendidikan sekolah rendah yang tidak berkembang.

Nota:
UM - Universiti Malaya
SJK - Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan

UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris

No comments:

Post a Comment