7 Januari 2019
Keadaan sudah OK
SERATUS lima pelajar Malaysia di Khartoum, Sudan boleh melakukan
rutin harian kerana keadaan di Negara itu sudah tenteram semula. Rusuhan berikutan
tunjuk perasaan di negara itu sudah berakhir.
BH yang menghubungi Presiden PPMMS, Mohd Alif Mod Ludin melalui
FB memberitahu keadaan sudah OK dan pulih seperti sedia kala. Sudah tidak ada
tanda-tanda rusuhan. Tetapi, mereka kenalah berwaspada.
Alif kata harga roti sudah dikawal semula manakala petrol dan
diesel pun sudah boleh diperolehi di stesen minyak.
Semua pelajar Malaysia di Sudan menuntut di tujuh universiti dan
dua
Pusat Bahasa Arab
Pegolakan yang berlaku sejak 19 Disember 2018 berlaku di kawasan
Araba, antara 10 dan 15 kilometer dari penempatan pelajar Malaysia. Rusuhan
juga berlaku di Atbara dan Gedarif, 350
kilometer dari Khartoum.
Nota:
PPMMS - Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan
BH – Berita Harian
FB - Facebook
No comments:
Post a Comment