Sunday, 10 March 2019

Hari ni baca dalam surat khabar BH pasal interview Presiden AMANAH, Mat Sabu mengenai ‘persandingan UMNO-PAS’. Takkan lah guna perkataan bersanding, dah macam lelaki dan perempuan pulak. Mereka tu berpakat dalam politik. Salah ke? Kata demokrasi. Mengapa tak sebut BERSATU dan DAP pun berkahwin dan PKR madunya. Klise politik macam ni standard rendah lah. Macam mana pemikiran orang Melayu nak ditingkatkan kalau mentaliti orang media rendah macam ini. Baca punya baca, sekali tak faham lah...Lain yang ditanya, lain yang dijawab. Antara dua, sama ada Mat Sabu tak faham soalan atau wartawan tak tau tanya soalan. Nak tergelak juga lah...

Wednesday, 16 January 2019

15 January 2019

Tun M to speak at Oxford Union.

PM Tun Dr Mahathir Mohamad is  to address the Oxford Union, schduled on 18 January, making it to a list of illustrious leaders such as Winston Churchill and Margaret Thatcher. He will be the first Malaysian leader to address the Union.
The speech is to be delivered at the well-known debating society where membership is drawn primarily from the University of Oxford.
Oxford Union has a tradition of hosting debates and speakers stretching back to 1823. Former British prime minister Harold Macmillan called it “the last bastion of free speech in the Western world”.
The Union boasts that “to this day, the Union remains the principal forum for national and international debate”.

Note:

PM - Prime Minister


Saturday, 12 January 2019

12 Januari 2019

Tak perlu buka kepada bukan  Bumiputera tak boleh masuk UiTM

UiTM tolak idea jadikan institusi pengajian tinggi itu dibuka kepada bukan Bumiputera.

NC UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said kata UiTM akan kekal sebagai IPT bagi orang Melayu dan Bumiputera.
Dia kata idea itu tidak perlu kerana dasar dan matlamat asal penubuhan UiTM masih relevan bagi mengimbangi kedudukan Bumiputera serta bukan Bumiputera di negara ini.
Sebelum ini. tokoh pendidik, Tan Sri Dr Arshad Ayub berkata UiTM boleh dibuka untuk pelajar pascasiswazah.

nota:

UiTM - Universiti Teknologi Mara
NC - Naib Canselor



Friday, 11 January 2019



11 Januari 2019

YSS rai rakan kerjasama


LEBIH seratus wakil pengurusan IPTA, IPTA, IPG, politeknik, kolej komuniti, penaja, ahli panel  dan oan penceramah hadir pada majlis minum petang Hari YSS-Rakan Kerjasama 2019 di Putrajaya, 10/1/2019.
Majlis yang julung kali diadakan sejak YSS ditubuhkan pada 2012 itu adalah tanda
terima kasih dan penghargaan yayasan itu kepada pendokong dan penyumbang dalam menjayakan aktiviti dan misi YSS.
YSS ditubuhkan di bawah KPM dengan matlamat membangunkan Malaysia sebagai hub sukarelawan siswa dan melahirkan pemimpin sukarelawan siswa serta ikon mahasiswa dalam bidang sukarelawan di pentas global.
Pengerusi YSS, Datuk Zuraidah Atan menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil institusi betkenaan dan individu terbabit.
.
Pada tahun 2018, YSS menganjurkan misi ke Indonesia, Lao PDR, Vietnam, Sarawak dan Sabah dengan penglibatan 393 sukarelawan siswa dari pelbagai institusi dalam dan luar negara. Setakat ini YSS sudah melahirkani 1.115 sukarelawan siswa.  Sepanjang tahun lalu, aktiviti YSS
memberi impak positif kepada 16,939 komuniti dan 15,213 pelajar sekolah di dalam dan luar negara.
Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Sarawak, 2018 mendapat pengiktirafan  dan sokongan Sekretariat ASEAN dan Rakan Dialog ASEAN melalui Tabung Kerjasama ASEAN-China dengan penglibatan seramai 200 sukarelawan siswa dari negara ASEAN dan China di 11 lokasi di Sarawak.

Zuraidah berkata, Minggu Sukarela adalah salah satu aktiviti projek khas  YSS untuk masyarakat di Semenanjung Malaysia yang memberi tumpuan kepada pembangunan Orang Asli di Semenanjung Malaysia.”  Tahun lalu, YSS melaksanakan dan menyertai 17 projek khas  yang memberi impak positif kepada 11,287 pelajar sekolah dan komuniti.

Nota:
YSS - Yayasan Sukarelawan Siswa
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awan
IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta
KPM - Kementerian Pendidikan
IPG - Institusi Pendidikan Guru

Thursday, 10 January 2019

10 Januari 2019
Masuk UITM untuk kursus pascasiswazah
SEANDAINYA kemasukan ke UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumipuera, ia hanya untuk kursus pengajian pascasiswazah.
"Saya berpendirian ia harus di peringkat pascasiswazah. Ini membolehkan  graduan daripada pelbagai kaum bersaing secara saksama,” kata Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub, sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita di Kuala Lumpur, hari ini,
Arshad adalah antara perintis penubuhan UiTM. Katanya, orang Melayu dan Bumiputera belum bersedia untuk bersaingan secara terbuka dengan kaum lain untuk mengisi kekosongan bagi kursus pengajian prasiswazah.
Nota:
UiTM - Universiti Tekologi Mara

Wednesday, 9 January 2019

9 Januari 2019

RM1 boleh kait 10 kg rambutan

UiTM cawangan Sarawak semalam menganjurkan program ‘Pluck and Pack’ Rambutan 2019 di lading universiti itu di Kota Semarahan.
Program itu dibuka kepada warga UiTM cawangan Sarawak dan penduduk sekitar yang turut dihadiri oleh Rektornya, Profesor Datuk Dr Jamil Hamali. Dengan bayaran RM1, penduduk sekitar boleh memetik maksimum 10 kilogram rambutan, manakala warga UiTM kena baya RM1.50, untuk bawa balk  maksimum lima kilogram rambutan.

Ladang UiTM Sarawak seluas 16 hektar ditanam ditanam dengan 21 jenis buah-buahan. Dua hektar ditanam rambutan. Ia adalah makmal semula jadi pelajar pengurusan perladangan yang dilatih oleh Unit Ladang UiTM Sarawak.


Tuesday, 8 January 2019

8 Januari 2019

Tak boleh berasap di Universiti


SEKITAR universiti tidak terkecuali daripada kawasan larang merokok.
KP Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kata larangan itu akan membabitkan semua universiti awam dan swasta. Ia akan dikuatkuasakan tahun ini.
Dia bercakap kepada wartawan di majlis pelancaran Buku Fakta PhAMA edisi 2018 di Putrajaya, 8/1/2019. 
Pada 15 Oktober 2018, larangan merokok dikuatkuasakan dalam bangunan di kawasan Parlimen, manakala pada 1 Januari 2019, larangan itu membabitkan tempat makan.
 Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad merasmikan majlis itu. Presiden PhAMA, Chin Keat Chyuan hadir.
Nota:
KP – Ketua Pengarah
PhAMA - Industri Persatuan Farmaseutikal Malaysia 


8 Januari 2019


Salah Sistem Pendidikan

Tokoh pendidik menyalahkan sistem pendidikan rendah yang lemah sebagai punca kegelisahan kaum di negara

Pensyarah Fakulti Pendidikan UM, Prof Emeritus Datuk Isahak Haron, berkata sistem pengasingan pendidikan sekolah rendah mengikut kaum menyebabkan asas pembinaan negara menjadi lemah.

Dia menganggap sistem pengasingan pendidikan sekolah rendah mengikut kaum  lah menyebabkan masalah ini menular.

Sejak 60 tahun lalu, katanya, negara ini ada SJK Cina, SJK Tamil dan sekolah swasta. Ini sistem pemisah.

Dia menjadi ahli  panel program wacana Sinar Harian bertajuk “Pendidikan Rendah: Apa yang masih kurang” di Shah Alam, 8/1/2019. 

Panel lain ialah Pensyarah Penyelidikan Pendidikan Awal Kanak-Kanak UPSI, Prof Dr Saedah Siraj dan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Zabri Yaacob. 

Isahak mencadangkan kerajaan memperbetulkan sistem pendidikan sekolah rendah yang tidak berkembang.

Nota:
UM - Universiti Malaya
SJK - Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan

UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris

Monday, 7 January 2019

7 Januari 2019

Keadaan sudah OK

SERATUS lima pelajar Malaysia di Khartoum, Sudan boleh melakukan rutin harian kerana keadaan di Negara itu sudah tenteram semula. Rusuhan berikutan tunjuk perasaan di negara itu sudah berakhir.
BH yang menghubungi Presiden PPMMS, Mohd Alif Mod Ludin melalui FB memberitahu keadaan sudah OK dan pulih seperti sedia kala. Sudah tidak ada tanda-tanda rusuhan. Tetapi, mereka kenalah berwaspada.
Alif kata harga roti sudah dikawal semula manakala petrol dan diesel pun sudah boleh diperolehi di stesen minyak.
Semua pelajar Malaysia di Sudan menuntut di tujuh universiti dan  dua  Pusat Bahasa Arab
Pegolakan yang berlaku sejak 19 Disember 2018 berlaku di kawasan Araba, antara 10 dan 15 kilometer dari penempatan pelajar Malaysia. Rusuhan juga berlaku di Atbara dan Gedarif,  350 kilometer dari Khartoum.
Nota:
PPMMS - Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan
BH – Berita Harian

FB - Facebook

Saturday, 5 January 2019

January 6, 2019

Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara (JKDPN) is trying to reach as many citizens as possible to contribute towards the development of education through the formulation and implementation of education Policies. 

To this end, JKDPN has met hundreds of stakeholders in Face to Face discussions, Town Hall Meetings, Briefing and syndicate Discourses. 

Thus, the Secretariat of JKDPN is  inviting every citizen to also provide feedback and contribute to the betterment of national education system.

What would you like to see change/improve in our education

Nota

  • JKDPN - Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara
5 Januari, 2019

Ura-ura Daud Bakar ganti Maszlee

JADI ke agaknya Datuk Dr Mohd Daud Bakar dilantik sebagai Presiden UIAM?
Ini berikutan laporan dalam BH yang menyebut desas desus pelantikan bekas NC UIAM memegang hawaran itu.

Rektor UIAM, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak,  kata perkara itu masih dalam perbincangan antara Kementerian Pendidikan dan Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad Shah.

Sebuah akhbar bahasa Inggeris menyiarkan berita yang menyebut ura-ura Mohd Daud akan menjawat jawatan itu.

November 2018,  Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melepaskan jawatan itu.

Dia dilantik Presiden UIAM ketujuh itu September 2018 menggantikan  Tan Sri Dr Rais Yatim yang tamat kontrak pada Julai 2018.

Nota:

  • UIAM - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
  • NC - Naib Canselor

Friday, 4 January 2019

4 Januari,  2019
KSU KPM,  Datuk Dr Mohd Ghazali Abas dipindahkan ke KKR  berkuatkuasa Isnin, 7 Januari, 2019.
Tempatnya diambil oleh SUK Perlis, Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan – naik pangkat.
Mereka adalah adalah pegawai kanan yang terlibat dalam rombakan pentadbiran awam, pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat sembilan KSU  dan tiga KP.
Mereka sudah pun meterima watikah pelantikan daripada KSN di JPM pada Khamis, 3 Januari 2019.
Mereka yang terlibat ialah:
* KSU KDN, Dato’ Seri Alwi Ibrahim ke KKR
*  TKSU KPDNHEP, Dato’ Muez Abd Aziz sebagai KSU KPDNHEP – naik pangkat.
* KSU Kementerian Pengangkutan, Dato’ Seri Saripudin Kasim ke  Kementerian Wilayah,
* TKSU Kementerian Pengangkutan, Mohd Khairul Adib jadi KSU kementerian sama – naik pangkat.
* KSU KATSA, Dato’ Dr Tan Yew Chong ke KIU
* Wakil Tetap Malaysia ke PBB New York, Dato’ Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob jadi KSU Kementerian Luar, ganti Dato’ Seri Ramlan Ibrahim,  yang tamat kontrak perkhidmatan pada Januari 6, 2019.
* TKSU (Pengurusan) KDN, Dato’ Jamil Rakon dilantik sebagai KP Imigresen ganti Dato’ Seri Mustafar Ali, yang mengetuai NFCC.
* Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad sebagai  KP JKPTG.
* TKP ICU, Datuk Zolkipli Dahalan sebagai KP ICU – naik pangkat.
* Bekas  KP JKPTG, Datuk Seri Salehudin Ishak sebagai SUK Pahang.
Nota:
JPM -  Jabatan Perdana Menteri
KSN - Ketua Setiausaha Negara
KSU – Ketua Setiausaha
TKSU – Timbalan Ketua Setiausaha
KPM – Kementerian Pendidikan Malaysia
SUK – Setiausaha Kerajaan
KKR – Kementerian Kerjaraya
KDN - Kementerian Dalam Negeri
KPDNHEP -  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
 KATSA - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli
KIU - Kementerian Industri Utama
KP – Ketua Pengarah
NFCC - Pusat Jenayah Kewangan Nasional
JKPTG - Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
ICU - Unit Penyelarasan Pelaksanaan