Unifelo
Sunday, 10 March 2019
Hari ni baca dalam surat khabar BH pasal interview Presiden AMANAH, Mat Sabu mengenai ‘persandingan UMNO-PAS’. Takkan lah guna perkataan bersanding, dah macam lelaki dan perempuan pulak. Mereka tu berpakat dalam politik. Salah ke? Kata demokrasi. Mengapa tak sebut BERSATU dan DAP pun berkahwin dan PKR madunya. Klise politik macam ni standard rendah lah. Macam mana pemikiran orang Melayu nak ditingkatkan kalau mentaliti orang media rendah macam ini. Baca punya baca, sekali tak faham lah...Lain yang ditanya, lain yang dijawab. Antara dua, sama ada Mat Sabu tak faham soalan atau wartawan tak tau tanya soalan. Nak tergelak juga lah...
Wednesday, 16 January 2019
15 January 2019
Tun M to speak at Oxford Union.
PM Tun Dr Mahathir Mohamad is to address the Oxford Union, schduled on 18 January, making it to a list of illustrious leaders such as Winston Churchill and Margaret Thatcher. He will be the first Malaysian leader to address the Union.
The speech is to be delivered at the well-known debating society where membership is drawn primarily from the University of Oxford.
Oxford Union has a tradition of hosting debates and speakers stretching back to 1823. Former British prime minister Harold Macmillan called it “the last bastion of free speech in the Western world”.
The Union boasts that “to this day, the Union remains the principal forum for national and international debate”.
Note:
PM - Prime Minister
Saturday, 12 January 2019
12 Januari 2019
Tak perlu buka kepada bukan Bumiputera tak boleh masuk UiTM
UiTM tolak idea jadikan institusi pengajian tinggi itu dibuka kepada bukan Bumiputera.
NC UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said kata UiTM akan kekal sebagai IPT bagi orang Melayu dan Bumiputera.
Dia kata idea itu tidak perlu kerana dasar dan matlamat asal penubuhan UiTM masih relevan bagi mengimbangi kedudukan Bumiputera serta bukan Bumiputera di negara ini.
Sebelum ini. tokoh pendidik, Tan Sri Dr Arshad Ayub berkata UiTM boleh dibuka untuk pelajar pascasiswazah.
nota:
UiTM - Universiti Teknologi Mara
NC - Naib Canselor
Friday, 11 January 2019
11 Januari 2019
YSS rai rakan kerjasama
LEBIH seratus wakil pengurusan IPTA, IPTA, IPG, politeknik, kolej komuniti, penaja, ahli panel dan oan penceramah hadir pada majlis minum petang Hari YSS-Rakan Kerjasama 2019 di Putrajaya, 10/1/2019.
Majlis yang julung kali diadakan sejak YSS ditubuhkan pada 2012 itu adalah tanda
terima kasih dan penghargaan yayasan itu kepada pendokong dan penyumbang dalam menjayakan aktiviti dan misi YSS.
YSS ditubuhkan di bawah KPM dengan matlamat membangunkan Malaysia sebagai hub sukarelawan siswa dan melahirkan pemimpin sukarelawan siswa serta ikon mahasiswa dalam bidang sukarelawan di pentas global.
Pengerusi YSS, Datuk Zuraidah Atan menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil institusi betkenaan dan individu terbabit.
.
Pada tahun 2018, YSS menganjurkan misi ke Indonesia, Lao PDR, Vietnam, Sarawak dan Sabah dengan penglibatan 393 sukarelawan siswa dari pelbagai institusi dalam dan luar negara. Setakat ini YSS sudah melahirkani 1.115 sukarelawan siswa. Sepanjang tahun lalu, aktiviti YSS
memberi impak positif kepada 16,939 komuniti dan 15,213 pelajar sekolah di dalam dan luar negara.
Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Sarawak, 2018 mendapat pengiktirafan dan sokongan Sekretariat ASEAN dan Rakan Dialog ASEAN melalui Tabung Kerjasama ASEAN-China dengan penglibatan seramai 200 sukarelawan siswa dari negara ASEAN dan China di 11 lokasi di Sarawak.
Zuraidah berkata, Minggu Sukarela adalah salah satu aktiviti projek khas YSS untuk masyarakat di Semenanjung Malaysia yang memberi tumpuan kepada pembangunan Orang Asli di Semenanjung Malaysia.” Tahun lalu, YSS melaksanakan dan menyertai 17 projek khas yang memberi impak positif kepada 11,287 pelajar sekolah dan komuniti.
Nota:
YSS - Yayasan Sukarelawan Siswa
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awan
IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta
KPM - Kementerian Pendidikan
IPG - Institusi Pendidikan Guru
Thursday, 10 January 2019
10 Januari 2019
Masuk UITM untuk kursus pascasiswazah
SEANDAINYA kemasukan ke UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumipuera, ia hanya untuk kursus pengajian pascasiswazah.
"Saya berpendirian ia harus di peringkat pascasiswazah. Ini membolehkan graduan daripada pelbagai kaum bersaing secara saksama,” kata Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub, sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita di Kuala Lumpur, hari ini,
Arshad adalah antara perintis penubuhan UiTM. Katanya, orang Melayu dan Bumiputera belum bersedia untuk bersaingan secara terbuka dengan kaum lain untuk mengisi kekosongan bagi kursus pengajian prasiswazah.
Nota:
UiTM - Universiti Tekologi Mara
Wednesday, 9 January 2019
9 Januari 2019
RM1 boleh kait 10 kg rambutan
UiTM cawangan Sarawak
semalam menganjurkan program ‘Pluck and Pack’ Rambutan 2019 di lading
universiti itu di Kota Semarahan.
Program itu dibuka kepada
warga UiTM cawangan Sarawak dan penduduk sekitar yang turut dihadiri oleh Rektornya,
Profesor Datuk Dr Jamil Hamali. Dengan bayaran RM1, penduduk sekitar boleh memetik
maksimum 10 kilogram rambutan, manakala warga UiTM kena baya RM1.50, untuk bawa
balk maksimum lima kilogram rambutan.
Ladang UiTM Sarawak seluas
16 hektar ditanam ditanam dengan 21 jenis buah-buahan. Dua hektar ditanam
rambutan. Ia adalah makmal semula jadi pelajar pengurusan perladangan yang
dilatih oleh Unit Ladang UiTM Sarawak.
Tuesday, 8 January 2019
8 Januari 2019
Tak boleh berasap di Universiti
SEKITAR universiti tidak terkecuali daripada kawasan larang merokok.
KP Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kata larangan itu akan membabitkan semua universiti awam dan swasta. Ia akan dikuatkuasakan tahun ini.
Dia bercakap kepada wartawan di majlis pelancaran Buku Fakta PhAMA edisi 2018 di Putrajaya, 8/1/2019.
Pada 15 Oktober 2018, larangan merokok dikuatkuasakan dalam bangunan di kawasan Parlimen, manakala pada 1 Januari 2019, larangan itu membabitkan tempat makan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad merasmikan majlis itu. Presiden PhAMA, Chin Keat Chyuan hadir.
Nota:
KP – Ketua Pengarah
PhAMA - Industri Persatuan Farmaseutikal Malaysia
Subscribe to:
Comments (Atom)